Thursday, March 26, 2009

KELAINAN USANA

http://www.usanavalley.com

Usana Headquarter, Salt Lake City, Utah.

Pada tahun 1992, Dr Wentz menubuhkan Usana Health Sciences dengan visi untuk mencipta penokok zat berkualiti tinggi di pasaran. Kualiti dan kemujaraban produk tersebut adalah yang terbaik berbanding dengan produk-produk pesaing yang lain. Permulaan yang menakjubkan ini telah menjadikan Dr Wentz seorang pakar pemakanan sel yang disegani di peringkat antarabangsa dan dianugerahi pelbagai anugerah berprestij termasuk anugerah Albert Einstein kerana kejayaannya yang luarbiasa di dalam bidang sains kehidupan.
Sejak awal lagi, Usana telah secara konsistan dikenali kerana misinya yang tak berbelah bahagi dalam mengeluarkan produk zat pemakanan bermutu paling tinggi berasaskan sains. Usana telah memeteraikan kerjasama erat dengan institusi-institusi penyelidikan terkemuka antarabangsa yang mempunyai misi mendalami pengetahuan di bidang penyakit kemerosotan sel dan kaedah pencegahannya. Satu daripada institusi yang terketengah di dalam bidang ini ialah Linus Pauling Institute. Misinya ialah menolong manusia di mana-mana jua mencapai kehidupan yang sihat dan produktif, penuh dengan kecergasan, kurang penderitaan, bebas dari penyakit barah dan penyakit-penyakit lain yang merencatkan dengan menggalakkan kesihatan optimum melalui vitamin dan garam galian asas.

Kerjasama yang terjalin di antara Linus Pauling Institute dan Usana akan meningkat dengan ketara misi penyelidikan Institut dan membolehkan ahli sains lebih memahami peranan yang dimainkan oleh antioksida, kimia phyto dan lain-lain zat makanan di dalam meningkatkan kesihatan manusia. Jadi kami berasa amat teruja dengan kerjasama di antara institut dan syarikat yang disanjung tinggi ini.

Usana juga telah terlibat secara meluas di dalam kajian perprofil tinggi dengan Institut Kajian disegani seperti Universiti Boston, Universiti Colorado dan Universiti Utah. Didalam bidang kajian tentang penokok zat tambahan dan pengilangan, Usana telah menetapkan piawaian untuk kecemerlangan.

Usana Laboratory

Produk-produk Usana telah menerima banyak anugerah serta paten ke atas beberapa proses-proses eksklusif dan rumusan-rumusan. Saintis Usana menerima dua paten di atas penemuan satu proses pengasingan Phenolic antioksida daripada buah zaitun dan penemuan bahan hasil sampingan dari minyak zaitun yang tidak terdapat di dalam alam ini. Pati minyak zaitun milik Usana ini memberikan faedah-faedah zat utama diet mediteranean tanpa lemak dan garam. Kebanyakan dari produk asas usana mengandungi minyak zaitun Olivol untuk memberikan kebaikan penuh bahan yang tinggi kadar serapan antioksidanya ini.

Usana juga telah menerima paten ke atas teknologi eksklusif pengawetan semulajadi yang digunakan di dalam produk Sains Kecantikan Sense, pemeliharaan kulit, dan penjagaan diri. Dr Regina Hamlin telah menjadi pakar kulit selama lebih 30 tahun. Beliau ialah ketua Pakar kulit di 4 buah hospital besar di California dan professor klinik perubatan di Universiti California San Francisco di Fresno.



"Saya amat galakkan pesakit saya untuk mengambil produk Sense. Ia menggunakan teknologi terbaru dalam industri kecantikan iaitu pengawetan semulajadi. Ianya dipatenkan dan eksklusif hanya pada produk Sense, dan melibatkan bunga-bungaan dan antioksida yang disokong oleh kristal cair yang mana kristal cair itu sendiri adalah pengawet. Pemprosesan dalam bilik bersih dan kaedah pembotolan yang tidak membenarkan tangan menyentuh produk adalah antara sebab mengapa saya amat menggalakkan pengambilannya." - Regina C. Hamlin, M.D.
Usana Health Sciences seringkali diiktiraf sebagai pengeluar produk yang berkualiti tinggi di dalam pasaran. Usana telah memecah rekod sebagai penerima medal Terbaik Negeri Utah untuk produk penokok zat selama 4 tahun. Pengiktirafan ini amat lebih bermakna kerana negeri Utah mempunyai lebih dari 100 pengeluar produk zat makanan. Pada tahun 2007, Usana juga menerima medal Terbaik Negeri Utah kategori produk penjagaan diri bagi produk penjagaan kulit Sense skincare.

Suplemen Usana Visionex telah dinilai dan diluluskan oleh Concumerlab.com, sebuah laman web terkemuka yang membekalkan keputusan ujian dan maklumat secara bebas. Matlamat laman web ini ialah membantu pengguna dan golongan profesional menilai produk-produk kesihatan dan zat pemakanan.




Baru-baru ini, sebuah buku bernama Panduan Perbandingan Penokok-Penokok Zat, yang mana telah menyemak dan menilai lebih dari 1600 produk zat pemakanan di Amerika dan Kanada telah menamakan Produk utama Usana iaitu Essentials dan Healthpack sebagai terbaik dari yang terbaik. Namun Usana bukanlah asing dengan pengiktirafan ini kerana pengiktirafan yang serupa juga telah diterima olehnya untuk edisi pertama, kedua dan ketiga buku tersebut.

Penulis, Lyle McWilliam, seorang ahli kajihayat kimia, pengajar dan bekas ahli parlimen Kanada menerbitkan buku Panduan Perbandingan untuk membantu pengguna membuat keputusan bermaklumat berasaskan sains mengenai penokok-penokok zat. Edisi terkini diterbitkan berasaskan cadangan-cadangan yang diterbitkan oleh 12 pakar-pakar yang diiktiraf dibidang zat pemakanan dan mengikut 18 kaedah-kaedah penilaian yang berbeza yang dipetik dari bahan-bahan terbitan sains.




“Saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyiasat kesan penokok zat ke atas pencegahan penyakit dan kesihatan am. Buku Panduan perbandingan saya menunjukkan kenapa produk kesihatan terbaik Usana telah menetapkan satu piawaian baru untuk zat pemakanan cemerlang, dan kenapa Usana Health Sciences dinilai antara syarikat zat pemakanan terkemuka di dunia. Zat pemakanan Usana adalah zat pemakanan yang anda boleh percaya setiap masa." - Lyle McWilliam.

Dalam pengeluaran produknya yang berkualiti tinggi, Usana menetapkan piawaian cemerlang bagi pengilangan penokok zat makanan.



“Anda tahu bahawa Usana secara sukarela mengikut panduan Good Manufacturing Practices yang diwajibkan hanya kepada industri perubatan. Ini adalah panduan kualiti yang sama diguna pakai di dalam rekabentuk dan pengilangan ubat-ubat di kaunter dan preskripsi. Mungkin ada orang yang bertanya kenapa kami lakukan hal sedemikian. Kenapa kami melayan tuntutan keterlaluan terhadap kualiti? Ini adalah kerana Dr. Myron Wentz sedar bahawa setiap hal tentang penokok zat adalah penting kepada kesihatan seperti mana pentingnya ubat-ubatan di kaunter dan preskripsi. Oleh itu, ianya mesti direkabentuk dan dikilangkan menggunakan layanan yang sama terhadap kualiti." - Dr. Tim Wood.



NSF International, satu-satunya badan piawaian kebangsaan Amerika untuk program penokok pemakanan bukan sahaja mendaftarkan sijil GMP untuk Usana bahkan mengadakan ujian produk di dalam makmalnya yang mendapat akreditasi. Ujian dijalankan ke atas Essentials, Mega-Antioxidant, chelated minerals, Proflavanol 90 dan Healthpak 100. Ini untuk memastikan semua isi kandungan produk memenuhi syarat piawaian yang ditentukan oleh program Pensijilan NSF. Usana telah berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Bersama dengan pensijilan produk, faciliti pengilangan Usana telah diberi sijil GMP. Bukan sahaja Usana telah memenuhi syarat ketat dalam pengilangan, bahkan Usana juga memberi jaminan kemujaraban produk-produknya. Usana menyemak setiap batch pengeluaran supaya apa yang kita baca pada label produk adalah apa yang kita terima dari produknya.

USANA - Penokok Zat Yang Boleh Anda Percaya (Nutrionals You Can Trust )- Part 2 of 2



Terjemahan Video

Usana begitu yakin terhadap produk-produknya kerana ia diambil oleh sebahagian dari pengguna yang begitu cerewet. Penokok zat Usana selalu diuji di makmal-makmal pihak ketiga untuk memastikan ianya bebas dari sebarang pencemaran. Ini termasuklah dadah, bahan peransang, dan bahan-bahan terlarang. Apa-apa yang berkemungkinan boleh menjejaskan kerjaya atlit. Ramai atlit mempercayai Usana. Malah pertubuhan sukan terkemuka seperti Pengembaraan Persatuan Tenis Dunia milik Sony Ericson membenarkan atlit mereka mengambil penokok zat Usana.



"Di dalam dunia tenis professional wanita yang begitu mencabar, semua pemain mesti mengetahui apa yang mereka masukkan ke dalam badan mereka setiap masa. Oleh kerana Usana memberikan jaminan kualiti produk mereka, atlit kami percaya mereka mendapat melepasi ujian warna air dan pada masa yang sama menjadi atlit yang paling cergas dan sihat." - Larry Scott.

Usana juga adalah pembekal rasmi kepada pasukan speed skating Amerika dan Kanada, pasukan rentas desa Kanada dan ramai lagi atlit olimpik dan professional seperti juara tinju dunia tiga kali Hose Antonio Alguero Rivera, juara Olimpik Kanada gaya bebas Mogul skier Jennifer Hyle, Jennifer Azzi, pemenang pingat emas dalam WMBA Allstar, dan Derek Parra, pemenang pingat emas dan perak sukan Olimpik.


“Sebagai seorang atlit, saya seorang yang bodoh sekiranya memasukkan sesuatu ke dalam badan bahan yang saya tidak percaya. Dan berada di arena Olimpik di mana semuanya berlaku di mana saya memecahkan rekod dunia dan memenangi pingat emas dan saya benar-benar yakin bahawa Usana adalah kunci kepada prestasi saya.” – Derek Parra, Juara sukan Olimpik.

Pakar perubatan dari seluruh dunia sudah mula melihat kepentingan zat pemakanan optimum dan kaitannya dengan pencegahan penyakit kemerosotan sel.



“Saya mula sedar tentang Usana apabila usana memperkenalkan produk Usanimal boleh dikunyah untuk kanak-kanak, dan Body Rox untuk remaja. Dan sebagai pakar kanak-kanak, ianya amat penting bagi saya untuk menawarkan sesuatu yang ada kualiti kepada pesakit saya. Apa yang saya jumpa ialah Usana benar-benar telah menaikkan taraf baru dalam industri penokok zat makanan. Dan kemujaraban yang dijamin ialah sesuatu yang paling penting buat saya sebagai pakar kanak-kanak, supaya saya dapat tawarkan kepada pesakit saya.” - Dr. Christine Wood. Pakar kanak-kanak.



“Saya telah terlibat di dalam praktis Doktor Keluarga swasta selama lebih dari 30 tahun. Dalam 12 tahun kebelakangan ini, saya telah memfokuskan praktis saya kepada perubatan pencegahan dan pemakanan berzat. Di dalam kajian saya, untuk buku dan ceramah saya, dan sebagai pakar perubatan, saya tidak akan mencadangkan apa-apa melainkan Usana kepada pesakit saya." – Dr. Ray Strand.





Usana benar-benar mengeluarkan zat-zat pemakanan yang anda boleh percaya, yang anda percaya berkesan, selamat dan yang paling bermutu tinggi. Dr. Myron Wentz mempunyai visi menghasilkan produk yang benar-benar berpegang pada piawaian tinggi untuk pengeluaran yang efisyen, selamat dan berkualiti. Piawaian inilah yang digunakan sebagai batu asas dalam setiap keputusan di belakang produk dan kualitinya.

Usana dirangsang berterusan dan secara konsisten untuk mencapai piawaian kelas dunia dengan komitmen tidak akan berkompromi supaya mereka yang mengambil produk Usana juga tidak akan berkompromi dengan kesihatan mereka. Di sebalik setiap produk Usana, anda tahu bahawa anda akan bertemu dengan penyelidikan zat pemakanan terkini, bahan mentah berkualiti tinggi, proses pengeluaran bermutu tinggi, dan kepercayaan atlit-atlit serta pakar-pakar perubatan. Bila anda melihat sel potensi Dr. Myron Wentz, anda mendapat komitmen berpanjangan Usana, kualiti dan bukti kecemerlangan di dalam zat pemakanan yang anda percaya.

“Kesihatan saya sekarang, lebih baik dari 10, malah 20 tahun yang lalu. Ini semua adalah disebabkan oleh Usana.” - Vincent Chan



“Saya rasa bagus dengan produk. Saya ambil produk hari-hari. Saya dah ambil selama 3 tahun yang lalu. Saya rasa teramat seronok dan gembira. Maksud saya,saya rasa terlalu seronok. Produk ini amat menakjubkan. Saya ambil, keluarga saya ambil. Kita semua ambil.” - Tim Lewis.

“Saya rasa ada banyak tenaga. Saya tak rasa keletihan sepanjang hari. Kulit saya, fikiran saya, pada usia 40 saya rasa macam 10 tahun yang lalu.” - Eduardo Gomez.


“Kami tidak mengalami masalah kesihatan semasa memulakan perniagaan dengan syarikat ini. Tetapi kami mula melihat kesan yang positif di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai. Kesan positif ini menguatkan lagi keyakinan kami menyertai syarikat Usana. Bila kami lihat kesan positif ini, kami selalu mengkaguminya dan selalu berkata wow! benda ni memang benar-benar berkesan.” - Shanna Ryan

“Bagi kami, seronok mengetahui kami mendapat zat makanan yang paling bagus kerana kami mahu hidup dengan lebih lama lagi untuk bersama cucu pada perlawanan bolasepak atau American football mereka, dan menikmati kualiti hidup. Bukan sahaja saya mahu hidup lama. Tetapi juga saya mahu boleh bergerak sana sini dan menjadi aktif.” - Mat Ryan

“Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada tuhan kerana saya mendapat kesihatan saya semula. Wang tanpa kesihatan tak bermakna apa-apa. Saya ada beritahu seseorang, jika kita hilang kesihatan, kita akan hilang kedua-duanya kekasih dan wang. Jadi saya mahu jadi sihat.” - Tim Lewis.



“Buktinya ada di sana. Bila saya mula-mula membina perniagaan Usana, saya perlu meyakinkan pelanggan yang mereka perlu mengambil penokok zat. 12 tahun yang lalu pelanggan mahu diyakinkan. Sekarang semua bukti ada di dalam tulisan-tulisan perubatan. Ia tidak boleh dinafikan lagi. Sekarang saya hanya perlu berkata kerana kita tahu bahawa kita mesti mengambil penokok zat, kita mesti ambil yang terbagus. Kenapa kita hendak memasukkan penokok zat yang tidak bagus ke dalam badan kita.” – Corlette Larsen.

“Jadikan zat makanan, latihan jasmani dan pemakanan yang sihat keutamaan di dalam hidup kita. Ambil Produk Usana setiap hari. Tidak ada cara zat pemakanan lain yang lebih baik untuk memelihara sel-sel di dalam badan kita. Ianya telah menjadi visi dan misi syarikat Usana Health Sciences lebih dari satu dekat untuk menghapuskan kesakitan dan penderitaan dunia melalui zat pemakanan yang betul. Saya menjemput anda menyertai beribu-ribu yang lain untuk mengubah kesihatan mereka dengan Usana. Tidak ada masa yang lebih baik selain sekarang dalam memilih kesihatan. Lakukan untuk diri anda dan mereka yang anda sayang. Semoga anda hidup dengan sempurna dalam kegembiraan dan kesihatan yang baik.” - Dr. Myron Wentz.

Anda sekarang mengetahui risikonya. Adakah anda akan hidup dengan pilihan atau berserah pada takdir. Anda tahu betapa pentingnya kesihatan yang optimal di kalangan mereka yang dekat dengan anda. Jadi apakah yang akan anda buat. Adakah kesihatan baik pilihan anda.

Anda sekarang mengetahui sedikit pelaburan pada kesihatan anda sekarang mampu membawa faedah besar di hari depan dengan meletakkan kepercayaan anda kepada Usana.

Dari berjudi dengan kesihatan anda, bermain dengan nasib dan berharap untuk menjadi orang yang beruntung, adalah lebih baik anda memutuskan sekarang untuk mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih sihat. Masanya telah tiba untuk anda menilai samada diri anda berharga. Adakah anda dan orang yang disayangi berharga? Hubungi pengedar Usana yang memberikan anda demonstrasi ini. Mereka telah memilih untuk sihat dan anda boleh memulakannya sekarang dengan menerima sistem zat pemakanan yang TERBAIK DI DUNIA. Mulakan menikmati keuntungan dari kesihatan yang sebenarnya.

Kelainan USANA (The USANA Difference Part 1 of 2)


Terjemahan Video

“Kehidupan farmasi saya, saya selalu bekerja dari 6 pagi sehingga tengah malam...”

“Saya rasa sedikit murung disebabkan dua cabaran. Cabaran secara fizikal dan kewangan...”

“Saya berusia 23 tahun apabila syarikat saya bekerja ditutup...”

“Saya seorang ibu tunggal dengan 5 orang anak...”

“Saya terlibat dengan satu syarikat jualan langsung yang lain...”

“Saya seorang jurutera kapal terbang...”

Di dalam masa beberapa minit, kami akan memperkenalkan anda kepada satu peluang. Peluang yang mungkin sebahagian dari anda tidak pernah pertimbangkannya sebelum ini, tetapi ia merupakan satu peluang yang mungkin mendatangkan kesan yang besar terhadap kesihatan anda, keluarga anda dan masa depan anda. Peluang yang sukar dipercayai ini dikenali sebagai Perbezaan Usana – kerana perbezaan yang dicetuskan oleh usana terhadap manusia di seluruh dunia – kerana perbezaan yang nyata di antara produk-produk lain di pasaran – kerana banyak faktor-faktor lain yang membezakan syarikat Usana dan syarikat-syarikat lain. Lihat sendiri bagaimana Perbezaan Usana telah merubah kehidupan ramai orang seperti anda.

“10 tahun lalu kami jarang makan tengahari dan malam bersama dan saya ketinggalan dalam mengharungi kehidupan awal anak lelaki sulung saya. Saya bertanya kepada diri saya selepas 10 tahun, adakah saya akan lakukan perkara yang sama terhadap anak lelaki saya yang ke dua dan anak perempuan bongsu saya.” - Vincent Chan.

“Dua orang anak perempuan saya paling kecil dilahirkan dalam keadaan kesihatan yang serius dan adalah amat penting untuk saya menjaga mereka di rumah. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh menyara keluarga pada masa itu. Saya mahu berhenti dari hidup dengan bergantung kepada kad kredit.” - Collette Larsen.

“Keadaan fizikal saya, cabaran untuk melangkahkan kaki, pinggang belakang sakit, kaki sakit. Saya ingat saya dah semakin tua. Tapi bila saya lihat diri dalam cermin, saya nampak terlalu muda untuk berasa seperti ini. Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan saya.” - Tim Lewis.

“Kebebasan kewangan. Itulah perkataan yang saya cari – Kebebasan kewangan.” - Eduardo Gomez.

“Anda tahu tak, saya fikir mungkin perkara yang menarik perhatian saya semasa mendaftar menjadi ahli ialah mereka tidak bertanya kepada saya. Mereka tidak bertanya tentang pengalaman saya - Saya tiada apa-apa pengalaman. Mereka tidak tanya jika saya ada wang. Bukan sahaja tiada wang malah saya mempunyai hutang beratus ribu nilainya. Mereka juga tidak bertanya saya tentang kelulusan. Saya cuma lepasan sekolah menengah sahaja.” - Collette Larsen.

“Sebelum ini, saya benar-benar mengalami pengalaman pahit dengan sebuah syarikat. Tetapi bila saya bertemu Usana, saya berasa di dalam hati bahawa syarikat ini memang berbeza.” - Eduardo Gomez.

“Apa yang saya pelajari ialah belajar dan dapatkan pekerjaan yang baik. Tetapi apa yang saya tidak tahu adalah sesuatu yang lain. Dan melalui Usana saya mengetahui bahawa saya boleh mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja untuk diri sendiri.” - Jacques Fiset.

“Setelah menyertai Usana saya dapati produk Usana cukup menakjubkan. Lepas tu saya mendapat lebih maklumat tentang pengasasnya. Komitmen dan dedikasi yang ada padanya benar-benar memikat hati saya terutama apabila mengetahui ada orang yang begitu fokus dalam memperbaiki kualiti hidup manusia lain. “ - Tim Lewis.



“Apabila saya melihat Dr. Myron Wentz dan apa yang diperjuangkan, saya merasa amat kagum kerana saya telah melihat banyak syarikat yang ditubuhkan kerana perniagaan dan bukan kerana produk.” – Dr Myron Wentz.

Pengasas Usana merangkap pengerusinya Dr. Myron Wentz ialah seorang penyelidik terkenal dan pencipta dalam teknologi kesihatan sel. Dr. Wentz mencipta satu kit ujian Epstein bar in mononuclear yang digunakan secara meluas di hospital seluruh dunia.

"Apa yang penting tentang penemuan di dalam penternakan sel manusia di dalam makmal ialah jika kita memelihara sel manusia dengan semua zat pemakanan penting dalam bentuk yang sesuai dan lengkap, sel tersebut iaitu sel yang serupa dengan sel di dalam badan kita, akan hidup sihat tanpa rosak untuk selama beberapa dekad.” – Dr Myron Wentz.

Selepas melihat ibubapanya dan orang disayangi mati akibat sakit jantung, barah dan penyakit kemerosotan sel yang lain, Dr. Myron tahu beliau perlu menukar fokus daripada mengesan penyakit kepada memantapkan kesihatan dengan membekalkan zat pemakanan kepada sel.

“Manusia sekarang hidup begitu singkat dan mati terlalu cepat akibat penyakit kemerosotan sel. Zat pemakanan yang lengkap adalah cara terbaik untuk memastikan kita hidup dengan kesihatan yang terbaik mungkin. Apabila para saintis Usana menganalisa produk-produk zat pemakanan terkemuka, kami menyedari mereka tidak mampu memelihara sel manusia di dalam makmal dengan sihat, bagaimana pula mereka mampu menyihatkan diri saya. Saya tahu saya perlu mencipta produk zat pemakanan yang menawarkan spektrum lengkap zat pemakanan penting, perlindungan antioksida untuk mencapai kesihatan sel yang optima. Ketika itulah buah fikiran penubuhan Usana mula berputik.” – Dr Myron Wentz.

Pada tahun 1992, Dr. Wentz menubuhkan Usana dan syarikat itu berkembang dengan cepat menjadi peneraju dalam industri kesihatan. Hari ini, Usana mengekalkan komitmennya kepada penyelidikan berterusan dan pengeluaran zat pemakanan yang tercanggih disamping produk penjagaan diri dan makanan rendah glycemic Indeks. Usana membezakan dirinya di dalam industri ini dengan prasarana pengilangan yang terkini, dan dengan merelakan diri menepati piawaian pengilangan tahap farmasi – iaitu piawaian yang lebih tinggi dan sukar ditepati berbanding piawaian untuk penokok zat pemakanan.

Usana juga memberi jaminan kemujaraban produk-produknya. Jadi anda boleh berasa yakin bahawa apa yang anda baca pada label, juga terdapat di dalam produk itu. Buku Panduan Perbandingan Penokok zat yang membandingkan dan menilai beratus-ratus penokok zat di pasaran Amerika dan Kanada menggunakan 14 kaedah saintifik memberikan penarafan tertinggi kepada produk utama Usana iaitu Essentials. Dalam hal kualiti dan kemujaraban, pakar-pakar bersetuju bahawa perbezaan antara Usana dan produk-produk lain adalah jelas dan ketara.

"Saya telah mengesyorkan pengambilan penokok zat kepada pesakit-pesakit saya bertahun-tahun lamanya. Saya percaya, disebabkan oleh pencemaran alam sekitar, tekanan dari gaya hidup yang mencabar, ramai di kalangan kita tidak mendapat zat yang secukupnya dari diet mereka. Saya telah melihat banyak produk penokok zat secara peribadi, dan saya percaya penokok zat Usana sememangnya adalah yang terbaik. Itulah sebabnya saya mengesyorkan Usana kepada pesakit-pesakit saya saya." - Ray D. Strand, M.D, Doktor keluarga, penulis.

"Saya telah melibatkan diri di bidang kesihatan kanak-kanak lebih dari 20 tahun dan saya telah melihat secara jelas kesan-kesan buruk dari kekurangan zat makanan dan gaya hidup tidak sihat terhadap kanak-kanak. Dan beberapa tahun kebelakangan ini, saya dengan jelas telah melihat dengan menggunakan produk usana, kesan yang amat positif terhadap kesihatan saya, keluarga saya, rakan-rakan saya dan pesakit saya." - Christine Wood,M.D. Pakar kanak-kanak, penulis.

"Kekuatan di sebalik setiap produk Usana ialah komitmen kepada membekalkan pelanggan kami dengan produk berasaskan sains yang berkualiti paling tinggi yang mungkin. Ini adalah misi kami. Untuk mencapai matlamat ini, kami berbelanja berjuta dollar setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan. Kami berasa terlalu ghairah dalam membekalkan pelanggan kami dengan produk-produk yang berkualiti farmasi, selamat, mudah diserap badan. Matlamatnya produk yang benar-benar berkesan. Dan komitmen ini pada pandangan saya adalah bersandarkan kepada teras perbezaan Usana." - Dr. Tim Wood.

Kelainan USANA (The USANA Difference Part 2 of 2)


Terjemahan video

“Sebagai seorang atlit, saya seorang yang bodoh sekiranya memasukkan sesuatu ke dalam badan bahan yang saya tidak percaya. Dan berada di arena Olimpik di mana semuanya berlaku, di mana saya memecahkan rekod dunia dan memenangi pingat emas, saya benar-benar yakin bahawa Usana adalah kunci kepada prestasi saya.” – Derek Parra.



“Sebagai seorang atlit olimpik. Saya tidak pernah terfikir langsung untuk memasukkan sesuatu bahan kualiti rendah ke dalam badan. Jaminan kemujaraban yang ditawarkan Usana memberikan saya keyakinan bahawa Usana memang benar-benar syarikat terbaik.” – Jennifer Azzi.

“Kesihatan saya sekarang lebih baik dari 10, malah 20 tahun yang lalu.” - Vincent Chan.

Dengan sokongan dari kepimpinan yang berwawasan, produk bertaraf dunia yang mencorak kehidupan, Usana merupakan tonggak utama di dalam satu daripada industri yang pantas berkembang di dunia hari ini iaitu industri kesihatan. Sejak Julai 1996, Usana telah dinilai antara syarikat senaraian awal yang paling pesat berkembang di Nasdaq. Majalah Forbes dan Business Week telah menyenaraikan Usana di dalam senarai syarikat paling berprestij, sambil menyebut perkembangan yang mantap dan masa depan yang lebih cerah.

Dengan manusia di segenap pelusuk dunia mencari penyelesaian untuk membantu mereka mengekalkan kesihatan, Usana juga menawarkan peluang perniagaan dari rumah yang cukup menakjubkan. Sebagai rakan pengedar Usana, anda berkongsi produk Usana dan mengajak rakan lain melakukan perkara yang sama. Anda dibayar komisyen berdasarkan produk yang dijual melalui organisasi anda (downlines), samada produk dijual oleh anda sendiri, atau rakan yang anda taja, atau mereka yang ditaja oleh rakan yang anda taja. Sistem pembayaran komisyen yang diguna pakai oleh Usana telah dipilih sebagai terbaik dalam industri rangkaian pemasaran. Apa yang baiknya ialah selain bertukar jam kepada dollar, pelan Usana membenarkan anda mengatur masa dengan melabur usaha anda sendiri dan usaha rakan organisasi anda.




“Pendapatan biasa mungkin bermula dari bawah tetapi ia naik sedikit ke atas seperti ini. Ia ada sedikit cerun. Pendapatan eksponential (gandaan dua) seperti dalam Usana bermula agak ke bawah sedikit tetapi ia meningkat ke atas dengan lebih cepat dan tinggi.” - Jacques Fiset.

“Saya boleh ceritakan ramai orang berkata kepada saya bahawa mereka tiada masa nak buat Usana. Saya pun tiada masa. Tetapi saya dapati saya boleh buat Usana di setiap masa. Saya boleh buat waktu nak baring, waktu makan malam. Sebenarnya ia agak mudah bagi saya untuk sampai ke tahap saya mampu menyara produk Usana saya sendiri.” – Colette Larsen.

“Usana ialah sesuatu yang kita boleh buat separuh masa atau sepenuh masa berasaskan pada masa yang terluang. Kita letakkan masa yang kita ada dan lakukan setakat yang kita mampu.” - Sophia Marcoux.

“Saya mampu mendapat pendapatan seperti golongan professional. Dan saya tahu sesetengah golongan professional tidak mendapat pendapatan seperti saya.” - Duke Tubtim.

“Satu perkara yang kami suka tentang Usana ialah kami mendapat bayaran setiap minggu pada hari Jumaat. Kami mula meraikan pada petang Khamis sebab bila kami bangun waktu pagi hari Jumaat, wang dah masuk. Kami sangat seronok.” - Tim Lewis.

Terdapat perbezaan besar di antara membina perniagaan Usana dengan membina perniagaan biasa. Dengan Usana anda berniaga untuk diri sendiri dan anda tidak bersendirian.

“Sokongan yang saya dapat dari Koporat dan orang ramai yang terlibat dengan Usana sangat menakjubkan – uplines, crosslines dan downlines. Dalam Usana saya tidak berasa bersendirian.” - Tim Lewis.

“Perniagaan Usana secara keseluruhannya berbeza denga perniagaan tradisi di mana peniaga selalu berlumba-lumba antara satu sama lain. Dengan Usana, peniaga-peniaga bekerja sebagai satu pasukan. Inilah yang membuatkannya menjadi begitu berjaya.” - Mable Chan.



“Semua orang tahu saya telah menghabiskan keseluruhan kerjaya saya menulis pasal kesihatan diri. Saya telah mengembara dan berceramah kepada syarikat-syarikat rangkaian pemasaran dan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa. Saya juga telah menerima banyak jemputan dari syarikat-syarikat rangkaian pemasaran gergasi untuk menjadi jurucakap syarikat mereka. Saya menolak semuanya.

Saya memilih Usana adalah kerana produknya yang berteraskan sains. Saya suka kaedah sains. Saya sukakan kualiti produk kerana ia adalah dari jenama terbaik dari yang terbaik. Ini amat penting bagi saya. Saya juga suka akan integriti syarikat dan pengalaman yang mereka ada. Selain dari itu saya juga suka pada masyarakat Usana. Maksud saya ialah mereka yang menyertai Usana telah menjadi kawan saya. Itulah sebabnya saya benar-benar fikir jika anda hendak membina impian dan membina syarikat, pilihlah Usana.” - Denis Waitley, Ph.D.




“Saya telah menghabiskan masa dalam kerjaya saya mengajar orang menjana pendapatan pelbagai sumber, betapa beruntungnya anda apabila mempunyai pendapatan pelbagai sumber yang berbentuk “residual” di mana pendapatan akan datang walaupun anda sedang tidur. Usana adalah contoh pendapatan residual yang terbaik saya pernah lihat. Ya, saya ada hartanah, saya ada buku-buku yang ditulis dan saya ada banyak perniagaan-perniagaan yang lain tetapi Usana adalah yang terbaik dari semua yang telah saya usahakan, dan ianya telah mengubah cara hidup kami.” - Robert G. Allen. Penulis. New York Times.

“Bila saya teringat bahawa saya menolak jemputan saudara lelaki saya untuk menyertai Usana selama 2 tahun, dan dia berusaha untuk menghantar kepada saya produk Usana walaupun saya berkata tidak, saya tak boleh nak fikirkan apa akan terjadi dengan kehidupan saya.” – Collete Larsen.

“Perubahan dalam gaya hidup. Kami sebenarnya amat menikmati kehidupan dan dari semasa ke semasa kami sependapat antara satu sama lain dan berkata wow alangkah bertuahnya mempunyai kehidupan seperti ini, hari demi hari hingga akhir hayat kami. Saya tak kisah kalau hidup macam ni sampai 100 tahun pun.” - Vincent Chan.

“Gaya hidup kami amat menakjubkan. Kami boleh buat apa yang kami mahu dengan orang yang kami sayangi. Kami mengembara ke seluruh dunia. Saya bersama isteri sepanjang masa. Sungguh hebat. Inilah hidup saya.” - Jacques Fiset.

“Saya ada banyak masa pada waktu pagi. Saya ada kualiti, kualiti kehidupan.” - Eduardo Gomez.

“Menandatangani permohonan keahlian Usana adalah satu keputusan terbaik yang pernah saya lakukan kerana ianya membantu keluarga saya secara mendadak. Saya tak boleh nak meletakkan tanda harga bagi keputusan yang telah saya lakukan itu.” – Colette Larsen.

“Anda hendaklah mencari syarikat yang adil, syarikat yang ada integriti, syarikat yang mempertahankan prinsip mereka. Usana adalah syarikat itu.” - Tim lewis.

“Saya telah melibatkan diri dengan syarikat Usana lebih dari 2 tahun dan saya boleh pastikan bahawa cek yang saya dapat dari Usana adalah cek tulen. Satu perkara yang hebat tentang Usana ialah ia mempunyai sesuatu yang boleh menarik sesiapa sahaja. Kerana itulah saya mengambil peluang untuk menyertainya.” - Duke Tubtim.



“Cari yang terbaik, rasakan dan kongsi faedah-faedahnya dengan orang-orang yang penting dalam hidup anda. Itulah perniagaan. Ianya cukup mudah. Rasakan perbezaannya.” - Eduardo Gomez.

“Gaya hidup yang kami nikmati memang boleh dinikmati oleh semua orang. Ianya benar-benar wujud dan boleh di lakukan oleh seseiapa sahaja yang mahu.” - Sophia Marcoux.

Sambung langkah anda seterusnya dengan bercakap dengan pengedar yang memberikan demonstrasi ini kepada anda. Putuskan sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Usana dan berbual dengan sebahagian dari beribu-ribu orang di seluruh dunia yang mengetahui kesihatan dan kekayaan sebenar boleh merubah kehidupan anda.

Melawat Pejabat USANA( Usana Home Office Tour)

No comments:

Post a Comment